Simpan ke Google Keep menggunakan satu klik!
Ingin menyimpan halaman web, imej atau petikan untuk rujukan di kemudian hari? Dengan Sambungan Chrome Google Keep, simpan perkara yang penting kepada anda ke Keep dan segerakkannya merentas semua platform yang anda gunakan dengan mudah — termasuk web, Android, iOS dan Wear. Buat nota tentang butiran tambahan dan tambahkan label untuk mengkategorikan nota anda dengan pantas dan mudah untuk didapatkan semula selepas ini.
Ciri:
• Simpan pautan halaman, teks dan imej
• Buat nota tentang kandungan yang disimpan
• Tambahkan label pada nota anda
• Disimpan ke Google Keep secara automatik
Cuba Google Keep di web di http://keep.google.com, pada peranti Android anda di http://g.co/keep dan pada peranti iOS anda di https://itunes.apple.com/us/app/google-keep-your-thoughts/id1029207872.